Berminat untuk menjadi pengedar atau membeli secara borong?

Terima kasih kerana mengunjungi Batik Sutera Kelantan Online. Kedatangan dan perhatian anda amat dialu-alukan. Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar ataupun menempah Batik Sutera secara borong, sila berhubung dengan wakil kami di Kuala Lumpur iaitu Encik Musha samada menerusi email musharwani@gmail.com atau di talian mudah alih 013-3936009. Segala Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
KEAYUAN DAN KETAMPANAN ANDA MATLAMAT KAMI !!!

Thursday, May 8, 2008

Penjenamaan Batik Sutera Kelantan Online

Jenama amat penting bagi membezakan di antara satu produk dengan produk yang lain. Batik Sutera Kelantan Online juga menjenamakan setiap batik sutera yang terpapar di blogspot ini. Ini dapat membezakan di antara batik-batik sutera yang sedia ada di pasaran. Uniknya nama-nama batik sutera di sini adalah berdasarkan filem-filem Melayu yang dikeluarkan pada Tahun 50-an. Ini sekaligus dapat memberi pengetahuan kepada pelanggan kami tentang filem-filem Melayu yang dikeluarkan sekitar tahun 50-an. Sedikit sebanyak usaha kami ini dapat mengekalkan kebudayaan,kesenian dan warisan bangsa Melayu menerusi Batik sutera kami ini.