Berminat untuk menjadi pengedar atau membeli secara borong?

Terima kasih kerana mengunjungi Batik Sutera Kelantan Online. Kedatangan dan perhatian anda amat dialu-alukan. Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar ataupun menempah Batik Sutera secara borong, sila berhubung dengan wakil kami di Kuala Lumpur iaitu Encik Musha samada menerusi email musharwani@gmail.com atau di talian mudah alih 013-3936009. Segala Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
KEAYUAN DAN KETAMPANAN ANDA MATLAMAT KAMI !!!

Thursday, May 8, 2008

Mari Mencanting


Batik canting atau batik lukis tangan memerlukan lebih tenaga manusia dan prosesnya lebih lama jika di bandingkan menggunakan batik cetak atau batik cop. Dari melukis hinggalah mewarnakan kain mungkin memakan masa dua atau tiga hari. Ia juga bergantung kepada faktor cuaca. Jika musim hujan akan lebih lambat selesainya membuat satu keping fabrik batik tersebut kerana menunggu warna kering terlebih dahulu barulah boleh di tambah dengan warna yang lain. Bentuk dan coraknya juga berbeza walaupun di bentuk dengan corak yang sama. Maklumlah menggunakan tangan manusia. Kemungkinan semasa meletakkan warna pada bunga-bunga batik tersebut ada yang kecil dan ada sedikit besar. Kemungkinan ada yang tertinggal satu-satu bentuk batik atau satu-satu warna di dalam bunga atau bentuk batik yang di lukiskan. Di situlah letaknya kesenian batik Canting. Di Malaysia para pengemar batik dari luar negara lebih suka mencari batik yang ada perbezaan di dalam satu-satu bentuk batik tersebut (dipetik dari hijab-batik)