Thursday, May 8, 2008
Penjenamaan Batik Sutera Kelantan Online
Jenama amat penting bagi membezakan di antara satu produk dengan produk yang lain. Batik Sutera Kelantan Online juga menjenamakan setiap batik sutera yang terpapar di blogspot ini. Ini dapat membezakan di antara batik-batik sutera yang sedia ada di pasaran. Uniknya nama-nama batik sutera di sini adalah berdasarkan filem-filem Melayu yang dikeluarkan pada Tahun 50-an. Ini sekaligus dapat memberi pengetahuan kepada pelanggan kami tentang filem-filem Melayu yang dikeluarkan sekitar tahun 50-an. Sedikit sebanyak usaha kami ini dapat mengekalkan kebudayaan,kesenian dan warisan bangsa Melayu menerusi Batik sutera kami ini.