

ni dia alat untuk mencanting batik..hanya org-org yg pakar sahaja reti guna alat nii
All Original Batik Sutera(Silk) Kelantan, batik sutera, batik sutera seri endon, batik sutera crete, batik sutera crete seri endon, seri endon, sutera, sutera jacquard, sutera crete, batik lukis, batik lukis tangan, batik sutera kelantan
Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain.
Di alam Melayu batik lukis mempunyai corak bunga. Ini disebabkan Islam melarang pengikutnya melukis benda hidup. Bagi batik lukis dibahagian lain, terdapat pelbagai corak termasuk manusia dan haiwan yang dihasilkan.
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.